Era dreadnought Kapal_tempur

Lihat juga: Dreadnought
HMS Dreadnought (1906)

Reka bentuk kapal tempur bagaimanapun berubah dengan pelancaran HMS Dreadnought pada tahun 1906. Dreadnought mempunyai sepuluh meriam 12 inci dipasang pada 5 turet, menberikannya lebih daya tembak berbanding kapal tempur lain yang hanya mempunyai empat meriam 12 inci dipasang pada 2 turet. Ia membawakan banyak perubahan sehinggakan kapal tempur yang dibina sebelumnya dikelaskan sebagai "kapal tempur pra-dreadnought", dan yang selepasnya sebagai "kapal tempur pasca-dreadnought" atau lebih mudah "Dreadnought". Ciptaan besar Dreadnought lain merupakan pengenalan turbin stim yang membolehkannya mengekalkan kuasa maksimum dengan lebih lama dan pengendalian yang kurang berbanding sebelumnya yang dipancu oleh enjin tiga bukaan dan yang sesama dengannya.